Connect with us

Uncategorized

Fazura Nak Tambah Anak, Tapi Tak Suka Anak Kembar

Published

on

Pelakon dan usawahan terkenal, Nur Fazura mengakui sudah bersedia untuk hamil anak kedua pada hujung tahun ini apatah lagi usia puterinya, Nur Fatima Aisya juga bakal menginjak dua tahun tidak lama lagi.

Memetik laporan Kosmo Online, aktres yang popular dengan filem Gol & Gincu itu bagaimanapun menolak untuk hamil anak kembar sekiranya berpeluang untuk menimang cahaya mata berikutnya.

“Kalau boleh, saya tak nak kembar sebab I don’t like twins. Kalau kembar wajahnya nanti identical,” katanya yang ditemui pada majlis terbuka Aidilfitri Universal Music Malaysia baru-baru ini.

Selebriti yang kini sibuk menguruskan perniagaan tudungnya juga mendedahkan hasratnya untuk menimang anak lelaki seterusnya merancang untuk memiliki anak ketiga kerana dia impikan sebuah keluarga yang besar.

“Kami sedang rancang untuk anak kedua. Fatima pun dah masuk dua tahun dah. Dia selalu tengok video baby macam tak sabar jadi kakak begitu. Mudah-mudahan dapat anak lelaki dan pada masa sama berdoa mohon dapat anak ketiga pula sebab nak family besar.

“Insya-Allah menuju hujung tahun, kami akan adun tepung apa semualah nak letak dalam acuan dan sebagainya,” kata Fazura dalam nada berseloroh.

Untuk rekod, Fazura dan aktor Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup.

Mereka menimang cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 20 Oktober 2020. -CARI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.