Filem aksi komedi paling gempak hujung tahun bakal menggegarkan pawagam!
Bersiap sedialah kerana KLEPET, naskhah penuh gelak tawa dan aksi mendebarkan terbitan Wawa Global Sdn Bhd, arahan Indra Putra (Sanji), akan menemui penonton bermula 27 November 2025. Menampilkan trio popular Aedy Asyraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar sebagai teraju utama, filem ini menjanjikan pengalaman menonton yang penuh kecoh, sengal, tetapi padat dengan aksi mendebarkan.
Butiran Filem
Tajuk: Klepet
Genre: Aksi, Komedi
Tarikh Tayangan: 27 November 2025
Penulis Skrip: Baitem Smikxa & Zint
Pengarah: Indra Putra (Sanji)
Produksi: Wawa Global Sdn Bhd
Barisan Pelakon
- Aedy Asyraf sebagai Pali
- Nadhir Nasar sebagai Jani
- Meerqeen sebagai Wadi
- Eric Fuzi sebagai Jud
- Joey Daud sebagai Yak
- Namie Smy sebagai Rawi
- Adlin Aman Ramlie sebagai Lawi
- Darina Porhun sebagai Lola
- Hun Haqeem sebagai Sawi
- Aeril Zafrel sebagai Hitman
- Wawa Zainal sebagai Wawa
- Dalimawati sebagai Rora Mandoza
- Fadhli Masoot sebagai Dr Jebat
- Arfi Shah sebagai Arfi
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Lipat
Artis: Budak Nakal Hujung Simpang
Komposer: Syed H Daniel, Amirul Hakim, Fiffi Dylan
Lirik: John Bear
Sinopsis
Kisah bermula dengan tiga sahabat baik – Pali, Jani dan Wadi – yang mahu berseronok dengan percutian Motorhome. Namun, percutian idaman bertukar huru-hara apabila mereka terserempak dengan Lola, seorang gadis misteri yang sedang melarikan diri daripada kumpulan scammer diketuai Yak dan Jud.
Kekecohan bertambah apabila mereka tanpa sengaja berdepan Hitman, seorang pembunuh kejam yang membawa wang tunai bernilai besar. Pali yang tamak sempat ‘menyimpan’ wang itu, sekali gus membuatkan mereka menjadi buruan. Demi mencari jalan keluar, mereka cuba mencuci wang tersebut melalui Lawi, seorang ketua sindiket. Malangnya, Wadi dan Jani tersilap langkah hingga keadaan jadi semakin kelam-kabut.
Situasi semakin parah bila Lola yang sedar daripada pengsan melarikan Motorhome mereka. Maka bermulalah adegan kejar mengejar epik yang melibatkan semua pihak – Hitman, Yak, Jud, Rawi, malah Pali dan Jani sendiri – semuanya dengan misi masing-masing.
Adakah trio sahabat ini mampu mendapatkan kembali Motorhome mereka, atau mereka bakal hanyut dalam kekalutan yang lebih besar?
Kalau anda sukakan gabungan aksi tanpa henti, komedi bersahaja, dan jalan cerita penuh twist, filem KLEPET wajib ada dalam senarai tontonan anda!