Connect with us

Uncategorized

Gaya Tudung Macam The Nun – Netizen Tegur Pemakaian Aina Abdul

Published

on

Penyanyi yang popular dengan lagu Sepi, Aina Abdul tidak hanya menambat hati penyokong muzik tempatan dengan lagu-lagunya, tetapi fesyen yang ditampilkan ketika membuat persembahan juga berjaya mencuri perhatian ramai.

Setiap kali namanya disenaraikan sebagai salah seorang penghibur dalam sesebuah majlis gah, peminat pastinya ternanti-nanti untuk melihat fesyen yang akan ditampil pada waktu itu.

Aina adalah seorang penyanyi yang berani menyarungkan pelbagai fesyen yang dianggap ‘pelik’ pada mata segelintir namun tetap menerima pujian kerana kelihatan yakin dengan gaya pakaiannya walaupun tahu ia akan menjadi perbualan ramai.

Semalam (Rabu), Aina mengadakan sidang media sempena konsertnya yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun hadapan tampil ringkas dengan pakaian dan tudung serba putih.
Pun begitu, Aina menerima teguran netizen kerana gaya tudungnya yang seakan-akan menyerupai biarawati.


Bagaimanapun, penata gaya Aina iaitu Abu Shaef Hamza menerusi Instagram memuat naik gambar penyanyi tersebut dengan kapsyen ‘Nurse 1990’, memberikan bayangan inpsirasi idea bagi penampilan wanita berkenaan pada hari itu.

Menjengah di ruangan komen, ramai peminat yang menitipkan nasihat buat penyanyi itu agar sentiasa berhati-hati dalam setiap penampilannya terutama gaya tudung.


Walaupun ia adalah gambaran seorang jururawat, namun sekilas pandang perkara pertama yang terlintas di minda adalah gaya tudung Aina kelihatan seperti biarawati.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.