Connect with us

Terkini

“Ini kalau Tembus Pasaran Bollywood Kompem Kaya ni.”- Lelaki Ini Nyanyikan Kembali lagu Tiara dalam Bahasa Tamil

Published

on

Belum reda lagi dengan demam lagu Tiara nyanyian kumpulan Kris, kini muncul pula seorang lelaki India menyanyikan lagu Tiara versi Bahasa Tamil.

Setelah pelbagai versi yang dinyanyikan, rasanya ini yang paling mendayu-dayu dan sedap didengari walaupun ianya dalam bahasa tamil.

Ianya dimulakan dengan bunyian seruling dari penyanyi dan diiringi dengan bunyian gitar dari ahlik kumpulan lain.

Sesetengah netizen menyifatkan ianya lebih baik dari versi yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia, Raffa Affar.

Antara respon dan komen entizen berkenaan video nyanyian ini.

Aku bukan bleh dengar mcm nie, auto golek kepala jgk … Hareee betoiii…..

Cmana la aku boleh sedih dlm tertawa ni …fikiran sedih tapi mulut sengeh..

Walaupun aku tak faham tp memang mantap

Dengar lagu ini dengan lihat video berikut:

Sebagai info tambahan, lagu Tiara ini dinyanyikan oleh kumpulan Kris pada tahun 1991.

Lagu ini juga turut bertanding di dalam Anugerah Juara lagu 1991.

Kumpulan Kris terdiri daripada

  • Abdul Halim bin Mohd Bukhari (Halim, Alim) – vokal
  • Mukhris bin Abdul Talib (Boy) – gitar
  • Musa bin Mohd Taib (Lomaq) – bass
  • Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) – dram
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending