Kecantikan aktres Zila Bakarin nampaknya telah diwarisi oleh anak perempuannya sehingga menarik perhatian warganet.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Zila dan anak sulungnya, Kaseh, kelihatan sedang menyediakan nasi goreng di dapur.
“Anak dara tengah buat nasi goreng ala Korea, cuma tak ada daun bawang sahaja sebab anak saya tak suka bau dia..sayur-sayur semua dia tak suka.”
“Saya pun bukan pandai masak sangat, tapi boleh sahaja untuk anak-anak dan keluarga.” Katanya
Melihat ke ruangan komen, ramai warganet terpesona dengan kecantikan gadis berusia 15 tahun itu, yang dikatakan sangat mirip dengan ibunya.
Bukan hanya itu, ada juga yang berpendapat wajah Kaseh mirip dengan pelakon Amelia Henderson.
“Comelnya anak macam akak masa muda dulu”
“Muka anak Zila ada iras-iras Amelia Henderson la”