Connect with us

Terkini

Review Filem Mat Kilau – Zamir Mohyedin

Published

on

Review filem Mat Kilau ini ditulis oleh Sudara Zamir Mohyedin. Selepas lebih sebulan berada di pawagam barulah beliau berkesempatan menontonnya.

Berikut adalah review beliau yang dipetik dari Facebook miliknya.

================

Baru sempat nak layan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. TGV kata panggilan terakhir. Mungkin minggu depan dah tak ditayangkan lagi kot.

Pengalaman dan pendapat peribadi, benda yang sedap daripada filem ini bagi saya:

1. Aksi dia sedap layan. Tak rasa terganggu sangat dengan goyangan kamera.

2. Terkeluar sikit air mata masa babak prolog budak kecil ditembak. Bukan terkesan dengan perjuangan ataupun ucapan watak ke apa, tetapi entahlah babak itu tersentuh gila. Sama rasanya masa Rokiah kena tikam. Rasa macam ada teknik dalam filem yang buatkan penonton boleh tersentuh emosinya. Isteri saya pun kesat air mata tadi dengan dua babak ini. Selepas itu biasa jelah. Tak ada apa pun.

Benda yang tak sedap bagi saya daripada filem ini:

1. Semua dialog dalam filem janggal dan jelek sangat ya. Setiap kali ada babak orang Melayu sembang mesti berkobar-kobar “Melayu”, “Islam”, “Tanah”, “Kedaulatan”.

Sembang dengan jiran-jiran pun macam nak berpidato depan orang ramai siap keluar perumpaan kata, pengajaran dan potongan hadis. Rasa tak normal. Sembang dengan anak bini kat rumah pun macam berucap dalam dewan. Serius memanjang.

Lagi-lagi watak Mat Kilau yang dibawa oleh Adi Putra. Setiap kali berbutir mulut dia, mesti ada perumpaan kata, cakap berkobar-kobar. Cringe. Jelek.

2. Ceritanya Mat Kilau, tetapi perkembangan watak banyak menumpu pada Awang dan Wahid. Mat Kilau ini macam itu jelah dari mula sampai ke akhir, sempurna serba-serbi. Tangan eksyen kat belakang saja.

Saya berpendapat, Sarjan Hassan yang dilakonkan oleh P. Ramlee antara filem yang berjaya kalau buat filem tokoh. Kalau dari sudut dialog, rasa normal jelah. Waktu serius, kita serius. Waktu berpidato, adalah butir-butirnya. Waktu beli barang, sembang beli barang. Waktu sembang dengan anak bini, buat cara sembang dengan anak bini. Ajak makan, buat cara sembang ajak makan. Ini ajak makan pun sembang pasal kedaulatan apa dia.

Tak boleh bagi contoh filem luar macam Indonesia atau Amerika, nanti orang cakap tak kena pula perbandingannya. Kita bandingkan saja dengan filem Malaysia berpuluh tahun lalu yang teknologi tak

hebat mana pun, tapi boleh pergi jauh.

Tak retilah nak bagi markah. Saya rasa filem ini biasa sajalah. Tak teruk sangat dan taklah power sangat. Boleh diperbaiki. Bolehlah banyakkan lagi filem macam ini.

Trivia: Ramai betul bekas-bekas pelakon Gerak Khas dalam ini.

SUMBER FB Zamir Mohyedin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending