Drama ini mengisahkan tentang Adrea (Harissa Adlynn) ialah seorang gadis yang hidup mewah, namun hatinya penuh dengan hasad dan iri hati. Dalam usahanya untuk memenangi hati Haris (Nafiz Muaz), Adrea sanggup mengkhianati rakan baiknya, Inara (Qistina Khaled), yang secara diam-diam menyimpan perasaan terhadap Haris. Cinta segitiga ini membawa kepada konflik, dendam, dan drama yang mendalam.
Adrea, yang terbiasa dengan kehidupan mewah dan sentiasa mendapatkan apa yang diinginkan, sukar menerima hakikat bahawa orang lain lebih layak untuk bahagia, termasuk sahabatnya, Inara. Keinginan Adrea untuk memiliki Haris bukanlah kerana cinta, tetapi didorong oleh rasa iri hati. Walaupun Haris akhirnya menikahi Adrea, perkahwinan mereka tidak berasaskan cinta yang tulus.
Tahun demi tahun berlalu, Haris semakin merasakan tekanan akibat sikap egois dan tamak Adrea. Akhirnya, Haris tidak lagi mampu bertahan dan memutuskan untuk bercerai. Namun, bagi Adrea, ini bukanlah penamat. Dia enggan mengalah dan mula memanipulasi Haris dengan menggunakan anak mereka, Iris, sebagai senjata untuk memastikan Haris tetap bersamanya.
Pelakon dan Watak
- Harissa Adlynn sebagai Adrea
- Qistina Khaled sebagai Inara
- Nafiz Muaz sebagai Haris
- Sham Visa sebagai Dr Zarif
- Acong Sweetchild sebagai Faris
- Nadia Kesuma sebagai Halimah
- Putri Darwisyah sebagai Iris
- Rahim Omar sebagai Pak Wahid
- Carissa Azhar sebagai Helena
- Dato Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Dato Amril
- Zuliana Ernie sebagai Datin Reha
- Nor Intan Suria sebagai Zaimah
- Anita Wahab sebagai Umi
- Saiful Arzuan sebagai Ayah
- Wan Gegau sebagai Rahul
- Adriana Doshi sebagai Fifi
- Nizam Kama sebagai Peguam
Info Drama
Drama bersiri Calar Cinta akan ditayangkan di slot Samarinda TV3 mulai 9 Oktober 2024, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam. Anda juga boleh menontonnya secara strim di Tonton.
Drama terbitan Million Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Azhar Khalid dan skrip oleh Amaz Mazilan. Dibintangi oleh Nafiz Muaz, Harissa Adlynn dan Qistina Khaled.