Connect with us

Info

So Salah Bila Ada Selebriti Kongsi IG Produk Palsu

Published

on

gosip ig

Kebelakangan ini Murai Batu tengok semakin ramai selebriti yang memuat naik gambar-gambar produk terkini di dalam akaun Instagram masing-masing.

Bukan sahaja produk kecantikan, malahan juga ada produk fesyen, produk kesihatan, perhiasan diri, butik dan bermacam-macam lagi lah.

Murai Batu langsung tak ada masalah dengan pendekatan itu. Yalah, bukankah itu salah satu sumber pendapatan seseorang selebriti apabila populariti mereka dikenal pasti oleh sesebuah syarikat atau jenama.

Tambahan pula, itu adalah strategi pemasaran yang sedang trending ketika ini. Jadi, mahu atau tidak, Murai Batu tak boleh nafikan betapa berkesannya pendekatan seperti itu dalam satu cara menjual sesuatu produk.

Tapi apa yang Murai Batu kecewa apabila ada segelintir artis popular, tak kira wanita mahupun lelaki yang sanggup memuat naik jenama syarikat atau butik online yang menjual produk tiruan.

Murai Batu bukan serkap jarang, tapi Murai Batu telah membuat penyelidikan Murai Batu sendiri terhadap setiap produk yang di promosikan oleh setiap artis di dalam laman Instagram masing-masing.

Paling Murai Batu terkejut bila ada seorang artis wanita ini yang sanggup mempromosikan butik fesyen online yang menjual beg dan aksesori berjenama tiruan di dalam Instagram miliknya.

Sungguh mengejutkan Murai Batu lagi, apabila artis wanita berkenaan sanggup menggunakan salah satu barangan yang diberikan kepadanya dan mempromosikan di laman Instagram miliknya supaya orang ramai dapat berkunjung ke Instagram butik online berkenaan.

Ish…ish..ish… adakah patut?

Jadi selama ini, artis wanita berkenaan sering bergaya dengan barangan tiruan lah ya?

Bukan selebriti wanita itu saja, malah Murai Batu juga perasan ada seorang pelakon lelaki yang telah mempromosikan perhiasan perak yang kononnya daripada jenama mewah dengan harga yang tersangatlah murah.

Apa? Setahu Murai Batu, manalah ada barangan perak daripada jenama berkenaan yang boleh didapati dalam harga serendah RM20?

Murai Batu bukan mahu merendah-rendahkan sesiapa, tetapi Murai Batu hairan mengapa ada selebriti yang sanggup menyokong produk tiruan dan menggalakkan orang ramai untuk membelinya?

Ianya seolah-olah menggalakkan orang ramai menonton filem atau album cetak rompak lakonan mahupun nyanyian anda.

Jadi bagaimana perasan anda wahai selebriti popular?

Murai Batu: Ramai sangat artis ketika ini yang dipilih sebagai produk kecantikan, sampai Murai Batu tak tahu nak pilih yang mana satu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *