Connect with us

artis

Sonakshi Sinha Elakkan Diri Dari Arjun Kapoor?

Published

on

arjun kapoor

Umum mengetahui bahawa Sonakshi Sinha, aktres filem Dabangg pernah menjalin hubungan dengan aktor dan pengacara bagi Anugerah Akademi Filem Antarabangsa India 2015 (IIFA), Arjun Kapoor.

Namun begitu, percintaan indah yang dibina oleh mereka putus sekitar Januari lalu. Bercakap mengenai Sonakshi dan Arjun, Murai Batu teringat dengan cerita yang disampaikan oleh teman Murai Batu yang hadir ke sidang media IIFA semalam.

Di sidang media tersebut, ramai diantara selebriti sensasi Bollywood yang hadir, antaranya ialah Anupam Kher, Anil Kapoor, Arjun Kapoor, Ayushmann Khurrana, Bipasha Basu, Jacqueline Fernandez, Lauren Gottlieb, Kanika Kapoor dan ramai lagi.

Sewaktu semua selebriti Bollywood berkumpul di atas pentas, muncul Sonakshi yang baru sahaja sampai ke dalam dewan berkenaan. Kata teman Murai Batu, raut wajah Arjun seakan berubah dan mereka berdiri berjauhan kerana Sonakshi terus mengambil tempat yang agak jauh dari Arjun. Arjun di kiri pentas, Sonakshi di kanan pentas.

Mungkin mereka tidak mahu lagi mengenang kisah lama yang terjadi di antara mereka tetapi apa yang Murai Batu lihat, mereka berdua masih lagi berada dalam keadaan profesional untuk mempromosikan IIFA yang dianjurkan di Malaysia.

Jangan lupa untuk menonton temasya gilang gemilang IIFA secara eksklusif hanya di Astro First Saluran 480. Untuk melanggan dan meraikan kemuncak festival filem India terbesar, #IIFA2015 yang bakal menggegarkan Malaysia, sila ke saluran 480 atau layari laman web www.astrofirstbest.com mulai 7 Jun 2015 atau tekan butang merah di Saluran 488 untuk membuat tempahan awal.

Murai Batu: Hero Bollywood pujaan Murai Batu sudah tentunya Shah Rukh Khan. Dia masih kacak sehingga kini tau!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *