Connect with us

Uncategorized

Suhaimi Saad Tak Nak Anak Ada Sijil,Degree. Takut Ambil Rasuah

Published

on

suhaimi

Ramai tahu Suhaimi Saad memilih homeschooling sebagai alternatif untuk anak-anaknya.

Susulan daripada itu, ada yang tertanya-tanya bagaimanakah tahap pembelajaran anak-anaknya itu bakal diukur sekiranya mereka tidak menduduki peperiksaan-peperiksaan khusus.

Di TikTok, Suhaimi menjawab kemusykilan tersebut.

“Saya cuba jelaskan, pertama sekali, saya nak korang faham yang cara fikir, cara hidup dan matlamat hidup saya tak sama seperti orang kebanyakkan tapi saya tak pernah merasakan saya ini yang terbaik.

“Tujuan saya belajar dan bagi pendidikan serta ilmu pada anak-anak adalah jelas. Kita belajar kerana Allah. Belajar untuk dapatkan ilmu, beramal dan berbakti pada diri, keluarga agama, bangsa dan negara.

“Sijil degree, master dan phd semua nombor dua atau tiga. Itu bukan matlamat dan sasaran kita yang utama,” katanya.

Suhaimi kata  sijil, kelulusan serta pangkat yang diraih oleh seseorang itu hanya akan membuatkan diri mereka leka seterusnya lari daripada matlamat hidup yang sebenar.

“Saya pernah masuk tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, mahad tahfiz dan UIA, saya perhati ramai orang yang ada ilmu, kelulusan dan jawatan tapi solat pun tak.

“Bila mereka dapat jawatan, dia mengamalkan riba. Bila ada kedudukan, dia beri dan terima rasuah. Dia pecah amanah dan tiada intergriti. Ilmu, kelulusan, sijil dan jawatan ada. Jadi, saya tidak mahu ini berlaku pada anak-anak.

“Kita hidup di dunia ini dengan matlamat untuk kekal di syurga. Dunia ini cuma jambatan sahaja. Jadi, sijil bukan keutamaan.

“Memang saya tahu ada yang menganggap sijil ni penting sangat tapi bukan bagi saya. Ramai yang saya kenal belajar di pondok dan tahfiz, hidup mereka lebih berjaya dan kehidupan mereka lebih baik.”

Sementara itu suami Ina Naim ini tak akan halang jika anaknya nak ambil ujian khusus.

“Kehidupan ini bukan dinilai melalui sijil, kelulusan atau kedudukan. Yang tengok baik buruk kita, berjaya atau tidak ini hanya Allah. Kejayaan itu harus dinilai dari sudut pandang Allah SWT dan bukan manusia.

“Kalau nak sangat sijil nanti bila dah cukup umur, boleh daftar sebagai calon persendirian di sekolah-sekolah yang berhampiran. Kita dudukilah SPM tahun tu belajar betul-betul.

“Bila dah dapat sijil bolehlah nak sambung ke mana-mana yang kita mahu.”

Suhaimi dan Ina dikurniakan empat anak, n 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. -CARI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.