Terkini
Sumbangan RM100,000 Selesai Diserahkan Kepada Zamani Bagi Membantu Rawatan Penyakit Yang Dialami Zamani Slam

Zamani dikunjungi oleh Aznil Haji Nawawi bagi memberikan bantuan wang yang dikumpul daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membayar kos rawatan penyakit yang dilami Zamani.
KUALA LUMPUR: Melakukan kerja amal, membantu meringankan beban orang lain serta mendasari keperitan hidup yang dilalui orang lain merupakan kerja yang sangat disenangi dilakukan Datuk Aznil Nawawi.
Sebagai seorang personaliti ternama, Aznil sering menegaskan, sementara masih dikenali dan beliau ingin menggunakan peluang dan kesempatan itu untuk kembali berbudi kepada masyarakat.
Selain dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain, Aznil juga mahu mencari bekalan untuk akhirat kelak.

Aznil melancarkan sumabngan dan berjaya mengutip sebanyak RM100,000 bagi membantu Zamani merawat penyakit yang dialaminya.
Aznil memberitahu bahawa sambutan yang memberangsangkan dengan pengumpulan sumbangan itu jelas membuktikan bahawa masih ramai rakyat yang memilik semangat soladirit yang tinggi.
“Saya benar-benar terharu dengan budi baik rakyat Malaysia. Saya tahu, saya punya ramai di belakang saya yang akan membantu apabila saya bersuara di media sosial. Semoga budi baik ini akan berpanjangan sampai bila-bila.
“Saya tidak pernah kecewa setiap kali meminta sokongan rakyat Malaysia untuk mengumpul dana membantu golongan yang memerlukan, sebaliknya, saya selalu menerima sambutan luar biasa. Terima kasih semua, hanya Allah sahaja mampu membalas kebaikan anda semua,” ujar Aznil kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Dalam tempoh 24 jam dilancarkan tabung derma membantu Zamani, sumbangan mencecah RM60,000.
Aznil tidak menyangka bahawa sumabngan boleh mencecah sehingga RM100,000.
Zamani perlu mendapatkan rawatan penyakit tulang belakang (scoliosis),dan kesemua wang sumbangan itu diserahkan buat Zamani Slam.

Beberapa hari yang lalu, Aznil bertemu Zamani bagi menyampaikan sumbangan berkenaan.
Tiada apa yang dapat diungkapkan Aznil selain bersyukur melihat wajah kegembiraan pada wajah Zamani.
“Hari ini Zamani diuji, esok lusa kita tidak tahu giliran siapa pula. Sementara saya masih ada kudrat dan kemampuan saya akan bersama-sama membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan.
“Dan tentu sekali, untuk menjayakan kerja-kerja amal ini, saya mahu seluruh rakyat Malaysia bersama-sama saya,” katanya lagi.
- Info11 months ago
BPR Fasa 3: Tarikh Pembayaran dan Semakan Status
- Terkini3 weeks ago
“Aku Perati je Apasal tangan lelaki tu ke belakang sentuh perempuan tu.”- Kejadian Berebut Guni Bundle Yang Baru Dibuka
- Terkini2 weeks ago
[Video]”Rugi mcm tu je sape yg mendoakan sebelum ni”- Netizen. Elyana Tampil Ceria di dalam video undang Pelbagai Respon Netizen
- Terkini2 weeks ago
Kak Long 7E Muncul Dalam Video Aliff Syukri
- Terkini3 weeks ago
[VIDEO] “Kaw-kaw kena Perli Ikon Kita.” -Kumpulan Ubi Buat Parodi Haqiem Stopa. Sebijik dan Menjadi
- Terkini3 weeks ago
“Bumi pun bergerak, bulan pun bergerak, roket bergerak, macamana nak landing.”- Suhaimi Saad
- Terkini2 weeks ago
“Wan Chai Tak cakap pun dah buat Aku Gelak.”- Ryan Bakery Jadi Tetamu Sepahtu Reunion. Ramai Gelak Tengok Wan Chai Modal Makan Burger je.
- Terkini2 weeks ago
“Pada Suria FM,Be Professional”- Ajak Shiro Bidas Kenyataan Shahrol Shiro Berkenaan Stesen Radio Malukan Bekas Penyampainya