Terkadang, tindakan kebaikan dan perkongsian dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan kebaikan juga. Itulah yang berlaku kepada pelakon, Sweet Qismina selepas melihat perkongsian positif yang sering dimuat naik rakan artisnya, Elfira Loy.
Sweet menyatakan dia kini telah terbuka hati untuk menyertai kelas tadabbur bersama Elfira Loy yang turut dihadiri oleh ramai rakan artis lain.
Melalui perkongsian instagram story, Sweet Qismina menyatakan rasa terima kasih kepada Elfira Loy kerana sering berkongsi perkara-perkara baik di media sosial. Perkongsian tersebut telah berjaya membuka hatinya untuk menyertai kelas tersebut.
“Selalu nak pergi tapi jadual mesti tak okey sebab kerja.”
“Tapi betul la, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan? Nak pergi lagi kelas yang berikutnya.”