Connect with us

Terkini

Biodata Ringkas Penyanyi Terkenal Ernie Zakri

Published

on

Ernie Zakri

Ernie Zakri, atau dikenali sebagai Nur Ernie Shahirah Zakri, merupakan seorang penyanyi terkenal. Berikut adalah maklumat lengkap mengenai biodata Ernie Zakri dan beberapa fakta menarik mengenainya.

Biodata Ringkas Ernie Zakri

  • Nama Penuh : Nur Ernie Shahirah binti Zakri
  • Nama Panggilan : Ernie Zakri
  • Tarikh Lahir :  23 Jun 1992
  • Umur : 32 Tahun (2024)
  • Tempat Lahir : Kuala Lumpur Malaysia
  • Pekerjaan : Penyanyi, Pelakon, dan Guru Vocal
  • Pasangan : Syameel Aqmal Mohd Fodzly 
  • Ibu Bapa : Zakri Ahmad (Bapa) merupakan seorang pemain dramatis dalam kumpulan Kilat. Rafiaah Mohamed (Ibu Ernie) adalah sepupu kepada dua penyanyi terkenal negara, iaitu Ziana Zain dan Anuar Zain.

Pendidikan

  • Mendapat pendidikan di SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur
  • Memperoleh ijazah Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam
  • Ijazah Muzik di Universiti Malaya (UM)

Kerjaya Ernie Zakri

  • Ernie Zakri memulakan penglibatan dalam industri hiburan sejak tahun 2009.
  • Beliau telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan nyanyian Bintang RTM pada tahun 2009 dan beliau menerbitkan album berjudul “Sinaran” pada tahun 2011.
  • Dia mula menjadi terkenal melalui program Duo Star bersama dengan Syamel. Pencapaian beliau semakin dikenali secara meluas, menjadikannya salah seorang penyanyi wanita muda terkenal di negara atas kebolehan vokal yang cemerlang.
  • Ernie juga merupakan seorang guru vokal. Ramain rakan-rakan artis yang juga merupakan pelajar beliau. Bukan itu sahaja, Ernie juga dipilih sebagai pelatih dan guru vokal untuk peserta program Big Stage 2018 yang dianjurkan oleh Astro.
  • Ernie pernah mengambil bahagian dalam satu telefilem Aidilfitri bersama Tomok. Beliau juga dipilih untuk memberikan suara kepada karakter Bawang Merah dan Bawang Putih dalam filem animasi “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Ernie turut melibatkan diri dalam pelbagai drama televisyen.

Anugerah Dan Pencapaian

  • Beliau menerima anugerah trofi Anugerah Vokal Terbaik (bersama Syamel) dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 – Menang
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 (Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular) – Menang
  • Anugerah Juara Lagu Ke-35 (Vokal Terbaik) – Menang
  • Anugerah Industri Musik Ke-23 (Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita), Lagu Pop Terbaik, Lagu Terbaik – Menang
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending