Drama Bukan Ipar sempurnna – Sinopsis & Senarai Pelakon


Bukan Ipar Sempurna โ€“ Drama Akasia Terbaru!

Drama adaptasi novel Bukan Cinta Sempurna karya Bellesa ni bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula 13 Mei 2025. Diarahkan oleh Ejump Mohd, diterbitkan oleh MIG Production, dan dibintangi pelakon hebat seperti Ikmal Amry, Cahaya Nilam, Hafeez Mikail dan Nadiya Nisaa.

Tayangan: Isnin โ€“ Jumaat, jam 7 malam
Strim lebih awal 24 jam di Tonton.com.my atau aplikasi Tonton


Info Ringkas Drama

  • Tajuk: Bukan Ipar Sempurna
  • Episod: 28
  • Tarikh Tayangan: 13 Mei 2025
  • Slot: Akasia TV3 / Tonton
  • Pengarah: Ejump Mohd
  • Penulis Novel: Bellesa
  • Penulis Skrip: Panel MIG, Dayang Kartinah, Akmal Firul, Atiah Khuzaidah
  • Produksi: MIG Production

Barisan Pelakon

  • Ikmal Amry sebagai Firash
  • Cahaya Nilam sebagai Nadhia Sofia
  • Hafeez Mikail sebagai Zahin
  • Nadiya Nisaa sebagai Atma
  • Jihaa Sham sebagai Zara
  • Nessa Maureen, Raff Roslee, Atira Karma, Razzuan Rosli, Fazlina Ahmad Daud, Juhara Ayob, Nik Ramly, Nisa Rissa Isa

Lagu Tema (OST)

  • Tajuk: Puaskah
  • Artis: Ameerais & Mariam
  • Lirik & Komposer: Iqie Hugh & Shazriq Azeman

Sinopsis Drama

Firash sanggup putus tunang dengan Zara demi cintanya pada Nadhia, walaupun ibunya Puan Farida tak restu. Nasib baik kakaknya Atma menyokong dan terima Nadhia sebagai keluarga.

Tapi semuanya jadi rumit bila Nadhia mengandung โ€“ dan tempoh kehamilan tak selari dengan usia perkahwinan. Siapa bapa sebenar? Firash boleh terima?

Kemudian muncul Zahin, ex-boyfriend Nadhia. Tekanan bertambah bila Atma dan Zahin pakat burukkan Nadhia hingga Firash naik marah.
Nadhia difitnah menggoda Zahin. Rumah tangga jadi makin goyah. Mampukah Nadhia bertahan?


Sinopsis Novel Versi Santai

โ€œSepuluh bulan. Cukup sepuluh bulan, kita cerai.โ€

Nadhia desperate nak selamatkan maruah keluarga, dia kahwin cepat dengan Firash. Tapi itu cuma perjanjian. Firash jadi suami ‘pak sanggup’.

Dalam diam, cinta mula mekar… tapi masalah mula datang bila muncul lelaki kacak bernama Waan Aisar yang dakwa Firash cintakan dia.

Puan Farida pula nak jodohkan Firash dengan perempuan pilihannya. Nadhia akur. Tapi dalam hati mereka, masing-masing masih cinta.

โ€œKalau kau cintakan aku, kenapa kau nak lepaskan aku pada orang lain?โ€

Perjanjian apa sebenarnya yang buat Nadhia sanggup berkorban? Adakah cinta mereka akan bertahan? Atau semuanya akan musnah kerana salah faham dan orang ketiga?


Nak tahu kesudahan kisah cinta Firash & Nadhia? Jangan lupa tonton Bukan Ipar Sempurna mulai 13 Mei 2025!

Leave a Comment