Connect with us

Terkini

Elfira Loy Meluahkan Rasa Syukur Dapat Tunai Haji Bersama Ibunya Selepas Menerima Jemputan Kali Kedua

Published

on

Elfira loy luah rasa syukur dapat tunai haji bersama ibunya

Elfira Loy menyatakan rasa syukur kerana keinginannya untuk menunaikan ibadah haji bersama ibunya, akhirnya menjadi kenyataan.

Melalui hantaran di Istagram, Elfira mengatakan bahawa dia telah membuat perancangan untuk menunaikan ibadah haji bersama ibunya sejak beberapa tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, hasratnya itu tidak tercapai kerana dia memikirkan anaknya yang masih kecil pada waktu itu.

Pada masa yang sama, Elfira yang juga dipanggil El, mengungkapkan bahawa sebelumnya dia dan ibunya mendapat kesempatan untuk menjalani ibadah haji bersama Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum menerima jemputan kedua dari Kementerian Media Arab Saudi.

“Alhamdulillahilladzi bini’matihi tatimmush shalihat.”

“Syukur sangat impian mama dan el untuk mengerjakan haji bersama beberapa tahun lama yang lepas akhirnya terkabul.”

“Pada tahun ini sebenarnya Alhamdulillah kami berdua mendapat peluang untuk mengerjakan haji dari tabung haji tapi disebabkan el memikirkan pasal anak jadi saya menolak dan dahulukan mama dulu untuk mengerjakan haji.”

“Tetapi, di hari doa selamat mama. El mendapat berita gembira bahawa ada jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi Arabia. MashaAllah Tabarakallah”

“Allah benar-benar menjemput El sehingga dua kali jemputannya.ย Jadi El tawakal pada Allah. El pergi sahaja Lillahitaala.” Katanya di Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending