Pelakon Elisya Sandha akhirnya mengumumkan bahawa bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi adalah lelaki.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Elisya dalam majlis โgender revealโ yang telah diadakan.
Elisya bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan berharap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik.
“Alhamdulillah syukur Allah berikan rezeki dan peluang untuk saya menjadi ibu kepada dua cahaya mata.”
“Anak adalah amanah dan ini merupakan satu tanggungjawab untuk saya dan suami. Semoga segalanya dipermudahkan dan saya dapat jadi ibu yang terbaik.” Katanya
Pada Disember tahun lalu, Elisya mengumumkan kehamilannya melalui sebuah video yang dikongsikan di Instagram miliknya.