Connect with us

Terkini

Impian Siti Nurhaliza Untuk Memiliki Kereta Idaman Akhirnya Tercapai

Published

on

Siti Nurhaliza Berjaya Memiliki Kereta Impiannya

Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara, berkongsi berita gembira apabila beliau berjaya memiliki kereta idamannya. Video ini dikongsi melalui akaun Instagram (IG).

Dalam video yang dikongsi itu, Siti mengungkapkan rasa syukurnya kerana usaha kerasnya telah membuahkan hasil dengan berjaya memiliki kereta mewah yang selama ini diimpikannya. Beliau turut memuat naik video menaiki kereta tersebut bersama dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

“Alhamdulillah impian saya untuk memiliki Range Rover terbaru jadi kenyataan dengan usaha dan rezeki anak-anak saya.” Katanya

Hantaran tersebut telah menarik perhatian peminat yang kebanyakannya gembira dengan kejayaan penyanyi itu. Banyak netizen memberikan reaksi positif dengan mengucapkan tahniah dan merasa teruja melihat Siti memandu kereta untuk pertama kali.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending