Lisa Surihani Temani Yusry di Konsert GenKRU – Netizen Usik ‘Pandangan Mata Penuh Cinta ‘

Pada malam konsert GenKRU, pelakon Datin Lisa Surihani menarik perhatian ramai apabila asyik mengamati setiap gerak geri suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, Lisa dilihat berada di belakang pentas sambil menemani Yusry yang sedang bersiap sebelum membuat persembahan.

Apa yang menarik perhatian ialah pandangan mata Lisa yang sentiasa tertumpu kepada suaminya, salah seorang ahli kumpulan legenda KRU.

Apabila melihat ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur dengan gelagat Lisa yang sentiasa menemani suaminya, Yusry. Ramai juga yang kagum kerana Lisa berjaya berkahwin dengan ‘crush’ zaman sekolahnya.

Leave a Comment