Talita Miliki Aura & Daya Tarikan Serupa Arwah Ibunya – Ajai

Ajai, penyanyi dan komposer terkenal, mengakui bahawa Dzahira Talita Zahra, anak kepada Allahyarhamah Siti Sarah, memiliki pesona dan aura luar biasa yang pernah dimiliki oleh ibunya.

Dalam satu episod podcast Lepak Bapak, Ajai menyatakan bahawa kedua-dua figura itu memiliki nilai komersial yang tinggi serta keyakinan diri yang kuat ketika membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Namun begitu, Ajai menjelaskan bahawa gaya nyanyian Thalita dan Siti Sarah mempunyai perbezaan tersendiri.

“Thalita menyanyi tidak sama dengan arwah maknya (Siti Sarah), tapi tarikan tu sama macam arwah mak dia.”

“Ketika saya pertama kali berjumpa dengan arwah dalam sebuah pertandingan, saya tengok arwah mempunyai tahap keyakinan yang dah serasi dengan pentas.”

“Apabila arwah menyanyi, cara โ€˜eye contactโ€™ dengan juri seakan dah ada sebuah album. Jadi saya rasa nilai komersial yang ada pada arwah sangat kuat, begitu juga sekarang ini saya nampak pada Thalita.” Kongsinya

Ajai juga memuji kehebatan pendengaran Thalita yang sangat peka semasa dia mengajarnya menyanyi.

“Thalita mempunyai pendengaran yang bagus. Sebab bila saya mengajar dia menyanyi, saya memuji pendengarannya.”

“Paling best sekali, Thalita menunjukkan minat yang mendalam untuk menyanyi. Tidak semua orang ada bakat. Katanya lagi

Sebelum ini, Thalita merupakan salah seorang yang membuat persembahan di Konsert By Ajai & Friend yang baru-baru ini diadakan di Singapura.

Thalita mempersembahkan dua lagu milik arwah ibunya, iaitu ‘Kesetiaan’ dan ‘Makin Benci Makin Cinta’, yang dinyanyikan secara duet bersama Shuib.

Leave a Comment