Connect with us

Terkini

Mua Bellaz Kongsikan Kata-Kata Semangat – Ingat Semua Usaha Tidak Mengkhianati Hasil

Published

on

mua Bellaz Beri Kata-Kata Semangat

Jurusolek terkenal, MUA Bellaz, mengenang semula saat tinggal di rumah lama bersama keluarganya, yang telah memberi inspirasi kepada netizen.

Dalam satu hantaran di TikTok, Bellaz berkongsi kata-kata semangat, menggalakkan usaha berterusan untuk mengubah nasib dan mencapai kehidupan yang lebih baik.

“Perjalanan yang begitu sukar untuk diungkapkan.. Buat dua kerja dalam satu hari.”

“Dapat duit balik beli beras bagi adik-adik makan. Banyak kenanganlah rumah sewa Bellaz sekeluarga.”

“Membesar sampailah menikah dengan suami baru Bellaz pindah duduk Alor Setar.”

“Kenangan hari lalu membawa seribu makna untuk hari ini. Teruskan semangat ya semua, ingat usaha tidak akan mengkhianati hasil. Ada rezeki korang nanti.” Tulisnya

Melihat pada ruangan komen, ramai netizen bangga dengan pencapaian jurusolek terkenal itu. Ada juga warganet yang menjadikan kisah Bellaz sebagai inspirasi untuk berjaya.



Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending