Penyanyi Nabila Razali mendedahkan bakal menyambut kelahiran anak lelaki yang dijangka pada Januari tahun depan.
Pada Sabtu lalu, Nabila dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, telah mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk mendoakan kelahiran anak sulung mereka yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan.ย
Menerusi hantaran yang dimuat naik diย Instagram, Nabila berkongsi sebuah video yang merakamkan detik-detik pengumuman tersebut dikongsikan kepada tetamu yang hadir.
Nabila turut meluahkan rasa teruja dalam menyediakan kelengkapan bayi setelah jantina diumumkan.
“Alhamdulillah, terima kasih buat semua yang hadir, meraikan kenduri kesyukuran dan gender reveal โNik & Bella Jrโ.”
“Sekarang dah tahu jantina, boleh korang bersedia hadiah untuk baby pula.”
“Sebenarnya, Bella pun dah tak sabar nak shopping barang baby.” tulisnya