Connect with us

Terkini

Najwa Latif Alami Keguguran – Syukur Allah Bagi Pinjam 5 Minggu

Published

on

najwa latif alami keguguran

Penyanyi Najwa Latif baru-baru ini berkongsi berita sedih bahawa dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya baru mencecah lima minggu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Najwa memohon maaf kerana sukar dihubungi disebabkan beliau baru sahaja mengalami keguguran anak pertama.

“Saya hanya ingin memberitahu kepada semua, saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang.”

“Saya mengalami keguguran. Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana ia terasa sangat peribadi untuk saya dan suami.”

Najwa turut berterima kasih kepada semua atas sokongan berterusan serta doa dan kata-kata semangat yang diberikan kepadanya tanpa henti.

Namun begitu, saya amat menghargai setiap kata-kata baik daripada anda. Terima kasih kerana tetap mengingati saya di saat-saat sukar ini.

“Jika diizinkan, biarlah kami bersedih dalam diam. Ingatlah kami dalam doa anda. Semoga segala kebaikan fikiran dan doa anda kembali kepada anda juga. Terima kasih.” Tulisnya

Najwa turut meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang untuk merasai pengalaman mengandung walaupun usia kandungannya baru lima minggu.

“Alhamdulillah.. See you when we see you, bebibu.”


Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending