Terkini
“Padu macam mana arapaima boleh ade dekat situ pulak” – Kaki pancing tarik perhatian netizen bila dapat naikkan ikan arapaima.

Menerusi satu klip video berdurasi selama 9 minit 24 saat yang dikongsikan oleh pemilik akaun pokkiecaster, sudah cukup untuk membuat netizen berpuashati dan tertumpu dengan apa yang dilakukan oleh pemancing tersebut.
Dalam video tersebut, memaparkan seorang lelaki melayu telah berjaya menangkap seekor ikan gergasi iaitu ikan asing invasif yang berasal dari Amerika Selatan di sebuah tasik di Malaysia. Sebelum ini, ada juga yang telah mendapatkan ikan ini di sebuah tasik di Klang, Selangor.
Namun apa yang membuatkan netizen tertumpu selain dari lelaki itu mendapatkan ikan tersebut, netizen juga tertumpu dengan gelagat seekor anjing yang ikut serta dalam aksi pendaratan ikan arapaima tersebut.
Korang boleh tengok video tersebut :
Komen netizen :
“arapaima kt tasik?klang?mcm mana blh sesat,ikan tu jarang ada. bawa balik bela ke boss???”
“ni arapaima sesat time banjir kot…kat Malaysia ada je yang bela ikan ni…kan pernah viral yg dlm longkang pun ada ikan ni sbb banjir”
“Persoalan nya. Anjing tu ikut mandi. So ikan brother tu Dpt. Harus samak sama2 ke Mcm mana eh! Blh sapa2 bagi pencerahan x?? Haha hahah”
“jangankan orang yg pelik anjing pon ikut pelik ikan tu ade kat situ ahahaha”
“Aku bukan tgk ikan, aku tgk si comot tu ha… sungguh betul nk tlg hhahaha hahaha”
“kompom waktu banjir terlepas ikan ni.. APA pun terbaekkkkk bro.. puas tgok vtt ni”
“Dugaan btul tngoknya tak kumpau tpi anjing plak mengcaunya takk sudah nak menolong hahhaah”
“anjing tu… cepat lah aku lapau ni.. besau bas ni takkan tak boleh share sikit buat raso2 hahaha”
-
Terkini9 months ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini10 months ago
APDM 2023: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
Terkini10 months ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini9 months ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini8 months ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini8 months ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)
-
Terkini1 year ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini1 year ago
“Biasa air teh, ini kopi pula”- Video memaparkan air yang dikeluarkan di Kelantan berwarna Hitam Pekat Undang rasa kecewa rakyat Kelantan