Connect with us

Terkini

Puteri Balqis dipuji netizen kerana fasih bertutur dalam loghat British.

Published

on

Puteri Balqis Fasih Loghat Inggeris

Puteri Balqis terkejut apabila cara dia bercakap dalam bahasa Inggeris, yang kedengaran seperti loghat British, tiba-tiba jadi perbualan hangat di kalangan netizen di media sosial.

Menurut Puteri Balqis, dia belajar loghat tersebut melalui YouTube. Baginya, berbicara dalam bahasa itu bukanlah tindakan sombong atau bongkak, tetapi sebagai sebahagian daripada proses pendidikan.

Puteri Balqis

“Saya tak tahu saya viral, Google News pun saya tutup.”

“Saya bersyukur kerana ada yang mengatakan bercakap dalam bahasa Inggeris terlihat bongkak. Sebenarnya, ia pendidikan yang sangat penting.”

“Kebanyakan kerja memerlukan seseorang itu bercakap bahasa Inggeris. Takkan kita nak pergi sepanyol cakap melayu.”

“Memang daripada kecil saya ulang belajar benda sama, topik sama dalam bahasa Inggeris. Ibu saya ingin saya mendapatkan pendidikan, bahkan rela membeli buku. Jika ada huruf A, beliau akan menulis semua perkataan A sahaja.” Katanya.

Sementara itu, Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish merasa bersyukur kerana mendapat sokongan daripada orang sekeliling yang membantu beliau menguasai bahasa inggeris dengan lebih baik.”

Menurut Aqish, bila dikelilingi oleh orang yang positif, cakap salah pun mereka akan bantu perbetulkan. Namun, jika bersama orang yang negatif, walaupun berbicara dalam Bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa pun akan dikeji.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending