Pada Ahad yang lalu, pelakon Raja Farah telah berkongsi berita gembira bahawa beliau telah selamat melahirkan anak keempat.
Raja Farah sendiri berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran di Instagram, yang turut memaklumkan bahawa beliau telah melahirkan bayi perempuan dengan kaedah bersalin normal.
“Syukur alhamdulillah…”
“Saya selamat melahirkan baby girl semalam, 9 Jun 2024, 1.05 petang, bersalin normal.”
“Syukur Ya Allah.. keluarga kami dah ber-6 sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudahkan.”
Melihat pada ruang komen hantaran tersebut, ramai yang turut memberikan ucapan tahniah dan mendoakan agar urusannya semasa berpantang dipermudahkan.