Saksikan Perjuangan Isteri Dari Hamil Hingga Melahirkan, Imran Aqil Kagum – Benar, Syurga Terletak Di Bawah Telapak Kaki Ibu

Dalam perkongsian di TikTok, Imran menyatakan kekagumannya terhadap perjuangan isterinya, Dahlia Rizal, dari awal kehamilan sehinggalah ke detik ketika disuntik epidural.

Pelakon Imran Aqil sempat menulis sebuah nukilan yang penuh makna untuk isterinya, Dahlia Rizal, sebelum kelahiran anak sulung mereka.

“Hari ini aku temani isteriku, menghadapi satu lagi fasa ujian sebagai seorang ibu. Aku saksikan sendiri kesakitannya, dari mula mengandung, sampai ke saat dia ambil suntikan epidural hari ini.

“Ada yang cakap ini ‘cheat code’ untuk kurangkan sakit bersalin tapi aku sendiri terkejut tengok jarumnya.”

“Tak ada yang ‘cheat’ bila bercakap tentang perjuangan seorang ibu. Aku sangat terkesan, aku sangat kagum.”

Dalam hantaran yang sama, Imran berkongsi bahawa dia kini memahami maksud sebenar ungkapan “syurga di bawah telapak kaki ibu” selepas menyaksikan perjuangan yang dilalui isterinya.

“Isteriku minta maaf pada semua, andai ada hati yang terguris sepanjang dia mengandung.”

“Betul lah bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Kini, aku lebih faham maksudnya.”

“Ya Allah, mudahkan urusan kelahiran isteriku, jadikan dia dan anak kami di bawah lindungan-Mu dan berkatilah keluarga kecil kami.” Tulisnya

Leave a Comment