Connect with us

Terkini

Sinopsis Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Published

on

sinopsis drama dedaun hijau angin lalu

“Dedaun Hijau Di Angin Lalu” adalah drama arahan Jamal Khan dan diterbitkan oleh SR One Sdn. Bhd. Drama ini menampilkan Redza Rosli dan Harissa Adlynn sebagai pelakon utama. Tayangan perdana drama ini bermula di Slot MegaDrama, Astro Ria, dari 1 Julai hingga 8 Ogos 2024 yang menggantikan drama “Cinta Untuk Sekali Lagi”.

Pelakon Dan Watak

  • Harissa Adlynn Halim sebagai Intan Samad
  • Redza Rosli sebagai Assad Effendi
  • Kael Noah sebagai Ismadi
  • Saidah Kamarudin sebagai Rubiah
  • Faye Kusairi sebagai Jamaliah / Kak Lia
  • Razman Mahayuddin sebagai Suratman
  • Aleza Shadan sebagai Marina
  • Esma Dainal sebagai Khairuddin
  • Wanns Ahmad
  • Idzham Ismail

Sinopsis Drama

Drama ini mengisahkan tentang Intan Samad (Harissa Adlynn) yang terpaksa menjalani kehidupan yang penuh derita. Intan dibesarkan dalam keadaan yang penuh cabaran di sebuah pulau. Kelahirannya penuh misteri, menyebabkan dia dipandang rendah oleh penduduk kampung yang menganggapnya sebagai anak luar nikah. Walaupun begitu, Intan tetap bersabar dan berusaha keras untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.

Assad, seorang doktor muda yang berasal dari keluarga kaya di tanah besar sering berhadapan dengan tipu daya. Ini menyebabkan dia sukar mempercayai ketulusan hati orang lain dan kadangkala memilih untuk bersikap sinis, hingga melukai dan mengecewakan orang lain.

Takdir mempertemukan dua insan dari latar belakang yang berbeza. Malangnya, pertemuan mereka dicemari fitnah orang. Akibatnya, Intan dan Assad terpaksa menjalani perkahwinan yang tidak mereka ingini.

Oleh kerana itu, Assad meragui keikhlasan isterinya dan menganggap Intan hanya layak dilayan seperti seorang pembantu rumah.

Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan sebaik mungkin. Kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri terus berjalan walaupun dalam keadaan yang penuh cabaran. Dalam kekacauan ini, musuh Assad mengambil peluang untuk menyebarkan fitnah dengan cara yang halus.

Kehidupan Intan terus diselubungi pelbagai cabaran dan ancaman yang menguji kekuatan dirinya. Mampukah dia bertahan untuk meraih kebahagiaan yang diimpikan? Atau adakah dia akan jatuh dan kehilangan arah? Berapa lama dia akan terus menerima layanan buruk daripada suaminya? Dan berapa lama suaminya dapat mempertahankan sikap egoisnya?


Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending