Connect with us

Terkini

Sinopsis Drama Pinjaman Syurga

Published

on

sinopsis drama pinjaman syurga

Cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang menghadapi ujian berat dan terpaksa membuat pengorbanan luar biasa demi menghadapi realiti kehidupan yang penuh dengan kejutan.

Pasangan suami isteri, Natasha (Janna Nick) dan Taufik (Keith Foo), yang mula menghadapi cabaran selepas mengetahui anak tunggal mereka, Haikal (Akif Darwisy), merupakan seorang kanak-kanak autisme. Berita ini, seperti badai yang datang tanpa disangka, menggoncang kebahagiaan lima tahun perkahwinan mereka. Dugaan ini benar-benar menguji kesabaran, kecekalan, dan kasih sayang mereka sebagai ibu bapa.

Taufik yang dahulu seorang ayah yang penyayang kini telah berubah menjadi pemarah. Pada masa yang sama, Puan Aminah (ibu Taufik) juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi oleh Haikal.

Sementara itu, Natasha menghadapi kesukaran dan mutu kerjanya merosot kerana beban emosi yang ditanggungnya sendirian. Setelah mendengar nasihat ayahnya dan mendapatkan sokongan daripada bekas adik iparnya, Zahirah, Natasha segera menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). PDK ditubuhkan untuk membantu anak-anak autisme.

Pada waktu itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang juga merupakan pengasas pusat pemulihan tersebut. Zainal kemudian mula membantu Natasha dan Haikal menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.

Bagaimana Natasha, seorang ibu yang kuat, dapat menghadapi ujian ini seorang diri? Mampukah Natasha membesarkan anaknya yang merupakan pinjaman syurga ini dengan penuh kasih sayang hingga ke akhir hayat?

Pelakon dan Watak

  • Janna Nick sebagai Natasha
  • Keith Foo sebagai Taufiq
  • Gambit Saifullah sebagai Zainal
  • Akif Darwish sebagai Haikal
  • Natasya Mahyan sebagai Elisya
  • Fizo Omar sebagai Ismail
  • Ziha Salleh sebagai Zahirah
  • Laila Nasir sebagai Puan Aminah
  • Sahronizam Noor sebagai Pak Hashim
  • Aleza Shadan sebagai Mak Zainab
  • Nur Syazwani sebagai Amirah
  • Farah Wahida sebagai Fauziah
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending