Terkini
Tak Fikir Soal Jodoh, Tracie Sinidol Ingin Fokus Pada Kerjaya & Banggakan Keluarga
Baru-baru ini, pelakon Tracie Sinidol mengakui bahawa buat masa ini, dia tidak memikirkan soal jodoh. Sebaliknya, dia ingin memberikan sepenuh perhatian kepada perkembangan kerjayanya.
Dalam video yang dimuat naik oleh OhBulan!, Tracie, 23 tahun, menjelaskan bahawa tujuan utamanya menceburi bidang seni adalah untuk membuat ibu bapanya bangga dan membawa kebahagiaan kepada keluarganya.
“Saya masih muda dan fokus saya adalah kerjaya saya untuk membanggakan keluarga. Saya datang sini pun dengan niat saya betul-betul ingin beri kehidupan yang bagus kepada keluarga.”
Selain itu, Tracie turut menyatakan bahawa jodoh dan perkahwinan bukanlah perkara yang diutamakannya pada masa ini.
“Bila saya ada di sini sebagai anak seni, fikiran saya cuma nak berjaya dan harumkan nama baik saya dan keluarga.“
Bila ditanya mengenai perancangan untuk berkahwin, Tracie menjelaskan bahawa dia tidak menetapkan sebarang target, sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
“Kalau saya suka seseorang pun, memang seseorang yang akan bersama-sama capai impian saya.”
Tracie turut berkongsi tentang ciri-ciri dan karakter lelaki idaman yang diinginkannya sebagai suami.
“Saya suka seseorang yang sangat prihatin, lemah-lembut dan tidak merendahkan saya. Saya suka seseorang yang boleh mengajar dan membentuk saya.
“Sudah pasti, orang yang dekat dengan Tuhan dan sosok seperti seorang bapa yang menjaga anaknya.” Katanya
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini1 month ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)