Terkini
“Try cari pekerja bukan Islam utk susun air-air arak ni”- Ramai rasa sedih pekerja terpaksa bekerja di kedai serbaneka yang menjual Arak
Satu perkongsian yang dihantar oleh Dr Amirul Amin. Mengenai penjualan arak di kedai serbaneka. Agak menyedihkan kerana rakyat Malaysia yang beragama Islam terpaksa bekerja di kedai yang secara terang-teranngan menjual arak.
Ini perkongsian berliau.
====================
Saya singgah 1 kedai serbaneka sambil beratur untuk membayar air kotak. Seorang anak muda sedang menyusun beberapa air botol dan tin di rak peti sejuk. Saya tenung dan menghampirinya. “Dah berapa lama kerja kat sini?” Dia pun jawab (saya x clear sangat apa dia cakap).
.
“Itu botol arak ke?”. “Ye”. Jawabnya. Saya tunduk sikit dan cakap agak berbisik, saya ingin sampaikan sesuatu tapi rasa awak dah tahu kan? Saya bertanya. Anak muda tadi pun ngangguk.
.
Hati saya sedih dan sayu melihat anak muda ini. Saya yakin dia mungkin tak ada kerja lain, nak je cakap, cuba-cubalah cari kerja lain dulu pun serba salah.
.
Turn untuk saya bayar pula. Kelihatan jurujual seorang wanita bermask, namun nampak seperti agak berumur sikit. Baju pun nampak lain sikit. Dengan teragak agak saya bertanya;
“Puan manager kat sini ke?”. Ye, balasnya. Saya sambung cakap sambil mencadangkan, “Try cari pekerja bukan Islam utk susun air-air arak ni”. Memandai je saya cakap.
.
Wanita tersebut balas; “Kami dah offer tapi tiada yang nak. Sebenarnya kami tiada kuasa nak tiadakan jualan arak kat sini. Ketua atau pengerusi kawasan sini kena hantar surat kepada HQ agar tidak dijual di sini. Saya pun dah bagitau kepada mereka tapi tak ada apa-apa jawapan.
.
Kejadian yang sama juga pernah saya alami dan cadangan dari pihak manager pun sama juga, perlu tindakan dari ketua kawasan/taman. Kejadian pertama ini di kedai 24 jam kira-kira 8-9 tahun yang lalu.
.
Kesimpulannya, saya yakin mesti ramai lagi orang Islam yang sebenarnya kasihankan mereka. Justeru kepada para pengerusi taman, masjid atau surau, atau ketua2 kampung, ketua2 masyarakat.. bantulah anak bangsa kita yang seagama dalam mencari rezeki. Mudah-mudahan usaha tuan2 ketua masyarakat dapat dipermudahkan dan memberi kemudahan kepada anak bangsa.
Antara komen para netizen berkenaan hal ini.
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini2 years ago
APDM 2023: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)