Connect with us

Terkini

3 Filem Melayu Terbaru Bulan Januari 2024

Published

on

Filem Melayu Terbaru Bulan Januari 2024

Untuk para peminat filem Melayu, pasti anda ingin tahu filem terbaru yang akan tayang pada bulan Januari ini, bukan? Mari kita saksikan bersama apa yang bakal menghiburkan kita sepanjang bulan ini.

Sama seperti selalu, filem-filem Melayu yang bakal tayang bulan ini menyajikan pelbagai genre termasuk aksi, komedi, drama, seram, dan banyak lagi. Jadi, dengan kehadiran beberapa filem ini, anda boleh memilih tontonan yang menarik untuk anda .

Senarai Filem Melayu Januari 2024

Pada bulan Januari 2024, antara filem-filem yang boleh korang tonton termasuk “Anak Perjanjian Syaitan 2”, “Pendekar Awang: Darah Indera Gajah”, dan “Jiwa 8 Belas”.

1.Anak Perjanjian Syaitan 2

Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 diterbitkan oleh Grand Brilliance Studio dan merupakan filem arahan Ahmad Idham. Dalam filem ini, anda akan dapat menyaksikan penampilan hebat beberapa pelakon ternama seperti Fasha Sandha, Alif Satar, Eyka Farhana, dan banyak lagi.

Mulai 4 Januari 2024, anda boleh menonton filem ini di pawagam Malaysia.

Anak Perjanjian Syaitan 2

2. Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

Pada 11 Januari 2024, anda dapat menikmati tayangan filem ini yang menampilkan Fattah Amin sebagai Pendekar Awang. Pelakon lain yang turut terlibat termasuk Fazura, Tissa Baini, Heliza Helmi, Mawi, Faizal Tahir, dan ramai lagi.

Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

3. Jiwa 8 Belas

Filem Melayu yang berjudul “Jiwa 8 Belas” ditayangkan di pawagam bermula 18 Januari 2024. Filem ini diarahkan oleh S. Baldev Singh dan antara pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Sophia Albarakbah, Shah Hazvee, Dato Jalaluddin Hassan, A. Galak, dan pelakon-pelakon lain.

Jiwa 8 Belas

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati karya-karya terkini dari industri filem tempatan yang penuh dengan kreativiti dan kisah yang memukau.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending