Penyanyi Ella telah berkongsi pengalaman lucu ketika memasak sambal untuk suaminya, Azhar Husaini.
Nor Zila Haji Aminuddin, atau lebih dikenali sebagai Ella, berkata sambal yang dimasaknya selama satu jam itu terlalu masin dan tidak begitu sedap untuk dimakan.
“Saya pernah masak sambal dengan dia, special sambal tu. Itu udang kering sambal.”
“Sebenarnya sambal yang saya masak itu sangat masin, tapi dia telan (makan) je. Masinnya itu macam letak satu gelas garam.”
“Saya buat sambal tu dekat satu jam, tapi hasilnya mengecewakan diri saya sendiri.”Katanya
Ella mendedahkan perkara tersebut dalam saluran podcastnya, Ella Rasa.
Pada masa yang sama, Ella turut menyatakan bahawa suaminya tetap menikmati hidangan itu kerana menghargai usahanya.
“Dia tak marah pun. Tapi dia happy. Mungkin dia nampak kesungguhan saya dalam memasak dan menghargainya.” katanya