Connect with us

Terkini

Alyah Sifatkan Kehadiran Anak Angkatnya, Nur Izzara Adalah Hadiah Daripada Allah

Published

on

datin alyah

Datin Alyah sering berkongsi momen bahagia bersama keluarga kecilnya di media sosial sejak kehadiran anak angkat yang menjadi penyeri hidupnya.

Alyah, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, telah memuat naik satu yang menunjukan dia meluangkan masa bersama suami dan anaknya.

Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh Alyah, di mana beliau menyifatkan anaknya sebagai anugerah terindah daripada Allah SWT.

“Hadiah dari tuhan, tiada yang terlambat tiada yang terlewat.”

“Semuanya tepat pada waktunya kerana Dia maha tahu bila dan bagaimana.” Tulisnya

Melihat pada ruangan komen, ramai warganet turut mendoakan kebahagiaan Alyah, suami, dan anak mereka.

“Alhamdulillah nikmat dari Allah yang maha kaya, bahagia buat ibu ayah seindah salju. Kiriman Allah..bahagia selalu. Aamiin.”

“Comel sangat, semoga menjadi anak solehah dan kebanggaan keluarga”



Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending