Kacak, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida, memberikan kejutan istimewa kepada ibunya sempena ulang tahun kelahirannya.
Dalam sebuah video di Instagram, Datuk Seri Vida dilihat terlupa tarikh ulang tahunnya. Setibanya di rumah, Kacak muncul dengan membawa kek sebagai kejutan.
Suasana menjadi lebih menyentuh hati apabila Kacak menyuap kek kepada ibunya sambil meluahkan rasa sayang. Tidak hanya itu, Vida juga menerima mesej istimewa daripada anak perempuannya, Cik B, yang kini berada di Sepanyol.

“Happy birthday mama. Terima kasih selalu doakan Cik B dan sayang Cik B. Semoga mama menjadi lebih kaya dan banyak duit. Semoga mama sentiasa gembira, dipermudahkan segala urusan. Terima kasih menjadi mama yang hebat. Happy birthday mama. Cik B sayang mama. Minta maaf Cik B bukan anak yang terbaik.” Tulisnya