Connect with us

Terkini

Didi Astillah Titip Kata-Kata Semangat Untuk Kakaknya, Bella Astillah

Published

on

Didi astillah titipkan kata-kata semangat untuk bella astillah

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Didi Astillah menarik perhatian ramai dengan hantaran di Instagram, di mana dia berkongsi luahan hati untuk kakaknya, Bella Astillah.

Dalam perkongsian itu, Didi memuat naik video yang menunjukkan dua anak Bella, Ayden Adrean dan Ara Adreanna, bersorak dengan gembira menonton kemenangan ibu mereka di TikTok Awards Malaysia melalui kaca televisyen.

Didi Astillah

“Sumber kekuatan kaklong untuk selalu bertahan dengan perjuangannya.. ARA & AYDEN.

“Mereka selalu bangga dengan mummy mereka tak kira apa sekalipun. Mereka adala penyokong terbesar dalam hidup kaklong.” Katanya

Dalam pada itu, Didi berkata tidak mudah bagi seorang ibu tunggal untuk sentiasa kuat dan membesarkan dua orang anak.

“Yang kenal dan rapat dengan kaklong tahu macam mana dirinya yang sebenar. Adik tahu selagi ada kudrat kaklong di dunia ni, kaklong nak besarkan Ara & Ayden dalam keadaan sihat dan bahagia.

“Mungkin bukan mudah untuk ibu tunggal macam kaklong untuk sentiasa kuat dalam hadapi apa-apa ujian, tapi keluarga, kawan-kawan dan anak-anak akan sentiasa memberi semangat untuk Kak Long sentiasa maju ke depan.

“Teruskan apa sahaja usahamu untuk mencari rezeki buat anak-anakmu. Semoga rezekimu selalu dilancarkan, semoga segala urusanmu dipermudah, semoga yang baik-baik sahaja di dunia ini buatmu.”

“Semangat ya, Kak Long.” Tulisnya

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending