Baru-baru ini, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan telah memuat naik satu video di Instagram, menasihati anak-anaknya agar sentiasa menjaga solat dan menutup aurat.
Abby turut berdoa agar ikatan kasih sayang keluarga mereka kekal hingga ke syurga Allah.
“Bertahan demi syurga Allah.. Amin. Anak-anak mama Danish Hakim, Marissa Dania Maria Danisha, jaga diri elok-elok.”
“Apa keadaan sekalipun, kemana-mana, solat aurat jaga ok. Mama abah, papa mummy sayang sangat dekat korang semua. Semoga ikatan kasih sayang ini hingga ke Syurga Firdausi.” Tulisnya
Dalam hantaran yang sama, Abby turut berkongsi video pendek yang memaparkan kemesraannya bersama Marissa dan Maria.