Connect with us

Terkini

Anna Jobling Reka Baju Raya Khas Untuk Kucing

Published

on

Anna reka baju raya kucing

Anna Jobling, 24, yang sangat suka dengan kucing, merasa gembira kerana diberi peluang untuk menunjukkan kreativitinya dalam rekaan koleksi baju raya khas untuk haiwan kesayangan sempena Aidilfitri bulan April ini.

Menurut Anna, dia kini diberi kepercayaan terlibat secara langsung dalam proses rekaan, pemilihan warna, dan pemilihan fabrik untuk koleksi baju raya jenama pakaian kucing tempatan.

“Semua orang tahu saya sangat sayangkan kucing. Saya sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk kucing-kucing saya.”

“Jadi saya sangat berbesar hati untuk terbabit sama dalam penghasilan koleksi baju raya kucing tahun ini yang membawa lapan pilihan warna segar dan menarik.”

“Malah saya terbabit dalam rekaan baju melayu, baju kurung dan kebaya yang dihasilkan khas untuk kucing.” Katanya.

Anna juga bersyukur kerana koleksi yang dikeluarkan pada tahun lalu mendapat sambutan yang baik, tidak hanya di Malaysia, tetapi juga di Brunei dan Singapura.

“Tahun lalu, sebanyak 15,000 helai koleksi baju raya kucing telah terjual di Malaysia, Singapura, dan Brunei. Didorong oleh sambutan yang luar biasa, untuk Aidilfitri tahun ini, saya terlibat dalam proses penghasilan 25,000 helai baju raya kucing,” Katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending