Connect with us

Terkini

APDM 2023: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE

Published

on

apdm

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan aplikasi web secara online yang mengumpulkan maklumat setiap murid di seluruh sekolah Malaysia.

Ianya adalah aplikasi sehenti yang mempunyai banyak fungsi di dalam penyusunan data murid di sekolah. APDM juga amat berkait rapat dengan aplikasi KPM lain seperti SAPS, eOperasi dan PAJSK.

Login ke Dalam APDM

Untuk log masuk layari pautan ini: https://apdm.moe.gov.my/

login ke dalam sistem APDM.
  • Masukkan ID pengguna anda dan kata laluan.
  • Kemudian klik butang hantar.
  • Jika tanda tidak ingat kata laluan, klik “lupa katalaluan” yang terpapar di bawah bahagian login tersebut. atau layari pautan ini TERLUPA KATA LALUAN APDM.

Ini merupakan Notis terbaru daripada KPM : Kemaskini APDM Sesi 2022/2023

Cara Memadam Data Murid APDM

Cara untuk memadam murid dalam database APDM adalah seperti berikut:

  1. Login ke dalam APDM dengan memasukkan ID dan kata laluan.
  2. Lihat menu yang berada di sebelah kiri, pilih menu “data murid”.
  3. Kemudian halakan ke bahagian “kelas”.
  4. Buat pemilihan kelas.
  5. Lihat pada bahagian tindakan, tertulis ‘padam’. Klik padam jika hendak memadam.
  6. Akhir sekali klik butang “padam murid.”
Ini adalah cara bagaimana memadam murid pada database APDM.

Cara Membuat Kemaskini Maklumat Murid APDM

Ini adalah cara untuk para guru membuat kemaskini No Kad Pengenalan murid bukan warga.

  1. Guru kelas perlu log masuk dengan menggunakan data log masuk guru kelas.
  2. Ini bagi tujuan semak sama ada nama murid yang ingin disemak terdapat dalam maklumat murid bukan warga.
  3. Kemudian pilih nama murid tersebut
  4. Klik pada update no KP untuk membetulkan ralat pada maklumat tersebut.
  5. Masukkan no kad pengenalan yang betul.
no kpd bukan warga

Apabila terdapat data yang bertindih ataupun berlaku duplikasi, ikuti cara berikut:

  • Admin perlu memadam salah satu dan berikan sebabnya sebagai “data duplicate”.
situasi 2 apabila daftar murid baru tanpa dokumen dalam apdm.

Cara Membuat Kemaskini Maklumat Adik Beradik Dalam APDM

Ini cara untuk melakukan kemaskini maklumat adik beradik.

  1. Login ke dalam APDM dengan ID guru kelas.
  2. pastikan anda isi lengkap ruangan ” bahasa pertuturan di rumah” dan ” anak ke berapa”.
  3. Jadual tahun dilahirkan bagi setiap anak akan dipaparkan.
  4. Isikan semua ruangan kosong yang diminta.
  5. Klik butang ‘kemaskini’ kemudian semak semula ianya betul atau tidak.

Maklumat Murid Salah Dalam APDM

Jika info murid salah, ikuti cara ini:

Semak jika terdapat kesalahan pada maklumat-maklumat ini:

  • Sijil lahir
  • Nama
  • Agama
  • Jantina
  • Kaum/ Keturunan
  • Warganegara

Kemudian hantar satu email kepada pihak petadbir APDM di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Sertakan maklumat berikut di dalam email anda:

  • Kod sekolah
  • Nama sekolah
  • Nama murid
  • No Kad pengenalan
  • ID murid
  • Tahun dan kelas
  • ralat yang berlaku
  • pembetulan yang diperlukan
  • Maklumat pengirim.

Lampirkan dokumen-dokumen yang perlu bagi tujuan mengesahkan maklumat dan ralat yang dihadapi.

Dokumen berikut perlu disahkan:

  • salinan kad pengenalan
  • surat lahir
  • kad agama
  • dokumen berkaitan kewarganegaraan.

Hubungi

Hubungi nombor pegawai meja admin berikut jika terdapat sebarang persoalan.Ianya mengikut negeri anda.

nombor perlu dihubungi untuk persoalan apdm

Apakah laman web rasmi APDM?

cara padam maklumat murid dalam APDM?

Log masuk dan pilih menu ‘data murid.’ Pilih murid yang hendak dipadam maklumatnya, klik padam.

dokumen diperlukan bagi pengesahan murid?

Salinan kad pengenalan atau surat lahir.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending