Terkini
Atikah Suhaime Berkongsi Kisah Di Sebalik Resipi Nasi Goreng Ibunya
Baru-baru ini, pelakon Datin Atikah Suhaimi menarik perhatian netizen dengan memuat naik video masak nasi goreng menggunakan resepi ibunya.
Dalam video tersebut, Atikah dilihat sedang menyediakan nasi goreng untuk keluarga mentuanya. Menurutnya, nasi goreng itu menyimpan kisah istimewa kerana ia merupakan menu yang sering dimasak oleh ibunya sewaktu mereka pernah hidup susah.
Pada masa yang sama, dia juga tidak menyangka menu tersebut menjadi telah menjadi kegemaran suami dan bapa mentuanya.
“Nasi goreng ni ada kisahnya. Dulu keluarga saya susah, hari-hari mama akan buat nasi goreng, tapi takda daginglah, setakat ikan bilis sahaja.”
“Kadang-kadang saya teringin makan masakkan mama, jadi buatlah nasi goreng ala mama masak. Papa mentua saya terbau nasi goreng itu dia minta.”
“Saya cakap dekat dia, ni masakan orang miskin sahaja, biasa-biasa, pandai makan ke?.”
“Sejak hari tu, nasi goreng ni sangat popular dekat rumah ni.” Katanya
Dalam pada itu, Atikah turut menjelaskan bahawa di sebalik kisah nasi goreng ini, bapanya enggan menikmati hidangan tersebut lagi kerana ia mengingatkannya kepada kehidupan susah yang pernah mereka lalui.
“Ironinya, keluarga saya di Singapura tak boleh telan langsung nasi goreng ni akibat trauma susah waktu dulu. Jadi itulah kisah nasi goreng mama saya ni.”
“Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi ketika sekarang ni.”
“Untuk pastikan rezeki tak putus, jangan lupa sedekah, walaupu RM2 sekalipun kepada yang memerlukan Jangan pernah kedekut pada mak ayah sendiri. Walaupun keluarga mentua kaya, saya masih beri sedikit duit, belanja makan atau apa sahaja. Ujarnya
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini2 months ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)