Nur Qamarina Diana Zulreal, atau lebih dikenali sebagai Riena Diana, dilahirkan pada 3 September 1997. Beliau merupakan seorang pelakon, pengacara, dan penyampai radio wanita dari Malaysia.

Biodata Ringkas
- Nama Penuh : Nur Qamarina Diana Zulreal
- Nama Panggilan : Riena Diana
- Tarikh Lahir : 3 September 1997
- Tempat Lahir : Petaling Jaya, Selangor
- Umur : 27 Tahun (2024)
- Pekerjaan : Pelakon, Pengacara, Model dan Penyampai Radio
- Tahun Aktif : 2017 hingga kini
- Instagram : rienadiana_
Kerjaya
- Riena Diana mula terlibat dalam bidang lakonan selepas beliau menjadi salah satu finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017.
- Riena telah ditawarkan untuk berlakon dalam drama “Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin” bersama Raysha Rizrose, Azrel Ismail, dan Idris Khan. Ini merupakan drama pertama yang beliau bintangi.
- Namanya semakin terkenal selepas berjaya membawa watak Dr. Qhadeeja dalam drama Nur bersama Amyra Rosli.
- Beliau juga memegang watak sebagai Aisyah dalam drama Cinta Lemon Madu.
- Kejayaan Riena tercapai ketika dia dipilih sebagai salah satu pelakon utama dalam drama Kampung People yang memerankan karakter Laila, seorang gadis kaya yang ceria.
- Beliau juga memulakan kerjaya sebagai pengacara dengan mengacarakan rancangan Gempak TV di Astro Ria, kemudian diikuti oleh By The Sea di TV3.