Connect with us

Terkini

Biodata Siti Khadijah Halim

Published

on

Biodata Siti Khadijah Halim

Siti Khadijah Abdul Halim dilahirkan pada 27 Mac 1997. Beliau adalah seorang pelakon dan model wanita Malaysia yang memenangi gelaran Gadis Panca NR pada tahun 2018.

Beliau dikenali menerusi watak Lara Andrew dalam drama “Dia Yang Ku Cinta”, dan semakin mencuri perhatian dengan penampilannya dalam drama “Ash & Aish” dan “Sekali Lagi Cinta Kembali”. Siti Khadijah Halim telah menunjukkan bahawa dia memiliki bakat lakonan yang sungguh hebat dan tidak diragukan lagi.

Biodata Ringkas Siti Khadijah Halim

  • Nama Penuh : Siti Khadijah binti Abdul Halim
  • Tarikh Lahir : 27 Mac 1997 
  • Tempat Lahir : Kuala Lumpur
  • Umur : 27 Tahun (2024)
  • Adik-beradik : 4 orang adik-beradik
  • Pendidikan :  Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Pekerjaan : Pelakon, Model
  • Tahun Aktif : 2018 – kini

Siti Khadijah memilih untuk menggunakan nama sebenarnya sebagai nama pentas, berbeza dengan pesaing-pesaingnya dalam bidang lakonan yang sering menggunakan nama pentas. Keputusannya ini disebabkan oleh keinginannya untuk menjaga nama baik dirinya dan juga untuk membuat ibu bapa beliau bangga.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending