Penyanyi Datin Alyah, telah memutuskan untuk menarik diri dari program realiti, The Hardest Singing Show (THSS), yang baru sahaja memasuki minggu kedua malam tadi. Keputusan ini dibuat kerana beliau menerima panggilan untuk menunaikan ibadah haji pada 12 Jun akan datang.
“Saya memohon kepada semua, doakan kesihatan saya dan mendapat haji mabrur”
“Saya juga memohon maaf untuk seluruh tenaga kerja “The Hardest Singing Show” dan semua yang telibat. Saya terpaksa mengundurkan diri untuk pertandingan ini.” Katanya.
Alyah juga menitipkan doa kepada semua peserta lain untuk melakukan yang terbaik dalam program tersebut.