Sebuah kisah luka, penyesalan, dan harapan baharu bakal mengisi malam anda.
Drama adaptasi novel popular Bahagia Yang Tertangguh karya Rissa Ahdiya hadir menghiasi slot MegaDrama Astro Ria bermula 17 November 2025. Dengan 28 episod arahan Osman Ali, drama ini menjanjikan emosi yang penuh gelora, cinta yang teruji, serta air mata yang sukar dibendung.
Dibarisi oleh pelakon hebat Nad Zainal, Kamal Adli, Izzue Islam, Mimi Ernida dan Rozita Che Wan, drama ini tidak sekadar menghidangkan konflik rumah tangga, tetapi juga perjalanan seorang wanita yang bangkit dari kegelapan untuk mencari sinar bahagia.
Tonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria. Episod baharu juga boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka.
Bahagia Yang Tertangguh
- Episod: 28
- Tarikh Tayangan: 17 November 2025
- Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
- Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
- Penulis Novel: Rissa Ahdiya
- Penulis Skrip: Oka Aurora
- Pengarah: Osman Ali
- Produksi: iFAME
Barisan Pelakon
- Nad Zainal sebagai Nurin Hana
- Kamal Adli sebagai Armin
- Izzue Islam sebagai Zakwan
- Mimi Ernida sebagai Azrin Sofea
- Rozita Che Wan sebagai Juriah
- Riz Amin sebagai Saleh
- Iqbal Riezky sebagai Fahri
- Norreen Iman
- Adrean Mateen sebagai Raiqal
- Rosnah Johari sebagai Rahimah
- Muaz Fitri
- Nina Juren
Sinopsis
Lapan tahun hidup sebagai isteri, Nurin Hana hanya mengenal derita. Ditekan mentua, dibuli ipar-duai, malah tidak pernah merasa nikmat beraya di kampung sendiri. Lebih memilukan, suaminya Zakwan sanggup menyuruhnya membayar sewa rumah mereka.
Namun, segalanya runtuh apabila Hana menemui kecurangan Zakwan bersama Azrin Sofea, seorang janda cantik yang tidak segan menghina dirinya. Talak yang dijatuhkan Zakwan menjadi noktah kepada segala ketaatan Hana, sekaligus memusnahkan hatinya yang selama ini setia.
Walau hatinya hancur, Hana bangkit demi anak tunggalnya, Raiqal. Saat itu, Zakwan mula dihantui penyesalan dan cuba meraih semula cinta Hana. Tetapi dalam waktu yang sama, hadir Armin – lelaki tulus yang bersedia memulihkan jiwa Hana dengan cinta sejati.
Kini, Hana berada di persimpangan hidup. Haruskah dia kembali pada lelaki yang mengkhianati kepercayaannya? Membuka hati untuk Armin yang menjanjikan kebahagiaan? Atau memilih untuk berdiri sendiri demi menjaga maruah dan hatinya daripada dilukai lagi?