Mawar Dahlia โ Bila Dua Hati Satu Wajah Bertukar Takdir
Bersedia untuk menyelami kisah penuh teka-teki, emosi dan cinta yang tidak diduga? Nantikan kemunculan drama bersiri penuh debaran, Mawar Dahlia, yang bakal bersiaran eksklusif di iQIYI bermula 30 Mei 2025. Hanya 12 episod, tetapi setiap satu padat dengan kisah menyayat hati, cinta tiga segi, dan pengorbanan yang menguji jiwa.
Mawar Dahlia bukan kisah cinta klise. Ia tentang dua insan bernama sama, lahir dari rahim yang sama, tapi ditakdirkan mengharungi hidup yang berbeza. Di bawah arahan Shamsul Akmal Asmoni dan terbitan Pencil Pictures & Records, naskhah hebat ini digarap dari skrip nukilan Sophilea, penulis yang terkenal dengan naratif cinta berlapis emosi.
Butiran Drama
- Judul: Mawar Dahlia
- Episod: 12
- Tarikh Tayangan: 30 Mei 2025
- Hari Siaran: Jumaat & Sabtu
- Waktu Siaran: 9 malam
- Platform: iQIYI
- Penulis Skrip: Sophilea
- Pengarah: Shamsul Akmal Asmoni
- Produksi: Pencil Pictures & Records
Barisan Pelakon
- Wanna Ali sebagai Mawar / Dahlia
- Zac Zaky sebagai Daniel
- Haidar Hasanudin sebagai Rio
- Laura Olivia sebagai Adel
- Marissa Yasmin sebagai Maria
- Azri Iskandar sebagai Iskandar
- Esma Daniel sebagai Raz
- Faa Zaini sebagai Reez
- Jesse Lim sebagai Stevan
- Norlie Tanam sebagai Kak Saba
- Fian Ali sebagai Fian
Lagu Tema (OST)
- Tajuk: Tentang Jiwa
- Penyanyi: Erika Riana
- Komposer: Ayu Puteh
- Lirik & Lagu: Ayu Puteh, Erika Riana & Dato Ayu
- Penerbit: Pencil Publishing
Sinopsis Mawar Dahlia
Mawar dan Dahlia, pasangan kembar yang tidak pernah mengenali satu sama lain sejak kecil. Mereka dipisahkan oleh takdir yang gelap โ Mawar dibesarkan oleh ayah mereka, Iskandar, seorang lelaki misteri dengan latar belakang dunia gelap. Manakala Dahlia pula menjalani hidup yang perit dalam cengkaman sindiket pemerdagangan manusia, dipelihara oleh Maria dan Raz.
Kehidupan mereka berubah saat cinta dan wang menjadi taruhan. Mawar yang sedang menghadapi masalah dalam hubungannya dengan Daniel, memutuskan untuk kembali kepada cinta lamanya, Rio. Namun, untuk itu, dia perlukan seseorang yang boleh menggantikannya โ dan siapa lagi kalau bukan Dahlia, wajah yang seiras tapi jiwa yang berbeza. Tawaran RM200 ribu disambut dengan berat hati oleh Dahlia, semata-mata untuk membiayai rawatan buah pinggang Maria yang tenat.
Permainan bermula. Tapi cinta bukan sekadar penyamaran. Dahlia mula jatuh hati kepada Daniel. Dalam diam, dia bukan sekadar mengambil tempat, tetapi juga mencuri hati lelaki itu. Bila rahsia akhirnya terbongkar, Daniel tidak mampu memaafkan penipuan itu. Mawar kehilangan Daniel, dan Dahlia pula hilang arah setelah pemergian Maria. Yang tinggal hanyalah rasa bersalah dan jiwa yang tercalar.
Mawar Dahlia adalah kisah tentang pilihan yang sukar, cinta yang bertukar arah, dan harga sebuah kejujuran. Adakah cinta boleh tumbuh daripada dusta? Dan mampukah dua wanita yang berkongsi wajah, namun tidak pernah berkongsi kehidupan, kembali menemui jalan pulang?
Temui jawapannya bermula 30 Mei ini, hanya di iQIYI. Jangan terlepas โ setiap episod akan buat anda tak sabar menantikan yang seterusnya!