Bersiaplah untuk menyelami dunia glamor yang penuh rahsia dan pengkhianatan dalam drama bersiri terbaharu Safira (Bukan Nama Sebenar), yang bakal menemui penonton di platform penstriman iQIYI bermula 7 November 2025. Episod baharu akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu jam 9 malam. Drama 12 episod arahan Ejump Mohd ini diterbitkan oleh MIG Production dan menampilkan barisan pelakon popular seperti Elvina Mohamad, Redza Rosli, Aaron Aziz, Sazzy Falak dan ramai lagi.
Safira (Bukan Nama Sebenar)
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 7 November 2025
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Platform Penstriman: iQIYI
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: MIG Production
Barisan Pelakon:
- Elvina Mohamad sebagai Nilam / Safira
- Redza Rosli sebagai Azam
- Aaron Aziz sebagai Dato Rahman
- Sazzy Falak sebagai Datin Laila
- Natasha Sass sebagai Julia
- Hazeeq Dean sebagai Syahid
- Malek Mccrone sebagai Chester
- Emelda Rosmila sebagai Intan
- Shakley Wong
Lagu Tema (OST):
Tajuk: Tak Adil
Penyanyi: Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno, Radi
Lirik: Aisha Retno
Sinopsis Safira
Segalanya bermula dengan Nilam, gadis polos yang hidupnya musnah selepas dihina dan dimalukan. Dari detik gelap itulah lahirnya Safira — wanita berwajah sama tetapi jiwanya telah terbakar dengan api dendam. Dunia mewah yang suatu ketika dahulu tampak indah kini menjadi pentas untuknya menuntut maruah dan keadilan. Namun di sebalik kilauan permata, dunia elit itu menyembunyikan racun cinta, kuasa dan tipu daya yang menyesakkan.
Perjalanan hidup Safira berubah apabila dia bertemu Azam, lelaki biasa yang disangkanya jutawan, sedangkan dia hanyalah pemandu kepada Syahid — anak kepada Dato ternama. Peristiwa hinaan di kelab mewah menjadi titik tolak kebangkitannya. Nilam bersumpah tidak akan lagi menjadi mangsa. Dengan bantuan Datin Laila, wanita penuh pesona dan rahsia, Nilam menjelma menjadi Safira — wanita baharu yang bijak, memukau dan berani menentang dunia.
Namun, semakin tinggi Safira mendaki, semakin dalam dia terperangkap dalam permainan bahaya. Cinta terlarang dengan Dato Rahman, suami kepada mentornya sendiri, menggoncang hatinya. Di sisi lain, Chester De Guerra — lelaki licik dan misteri — menanti peluang untuk menjeratnya. Antara cinta sejati Azam dan kuasa yang menggoda, Safira harus memilih jalan hidupnya sendiri.
Safira (Bukan Nama Sebenar) bukan sekadar kisah dendam wanita biasa. Ia adalah perjalanan seorang jiwa yang mencari erti kekuatan, maruah dan cinta sejati dalam dunia yang penuh sandiwara. Adakah Safira akan menemui kebahagiaan yang dicari, atau tenggelam dalam permainan yang diciptanya sendiri? Nantikan jawapannya hanya di iQIYI.