Connect with us

Terkini

Eyka Farhana & Akhyar Rashid Dah Bertunang

Published

on

Eyka Farhana Dan Akhyar bertunang

Pelakon Eyka Farhana akhirnya telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Akhyar Rashid, dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu.

Tanpa berkongsi secara terperinci, Eyka memuat naik beberapa foto majlis pertunangannya di Instagram.

“Masha-Allah Tabarak-Allah, salam tunangku.” Tulisnya

Difahamkan, majlis pertunangan Eyka dan Akhyar diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga serta kenalan terdekat mereka sahaja. Pasangan dua sejoli itu tampil serasi dalam busana sedondon berwarna coklat semasa majlis pertunangan mereka.

Selain itu, Eyka turut berkongsi foto kek dan cincin yang diterimanya semasa majlis tersebut.

Melihat pada ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.


Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending