Program hiburan Famili Duo kembali lagi buat musim yang keeempat. Dalam musim ini, enam pasangan yangย terdiri daripada adik-beradik dan sepupu yang akan berentap selama lapan minggu. Program ini akan ditayangkan mulai 20 Oktober 2024, setiap Ahad pada jam 9 malam.
Untuk musim terbaharu, program FD4 akan menggandingkan Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos. Sementara itu, di kerusi juri, program ini akan menampilkan gandingan baharu iaitu Datuk Rosyam dan Mummy Mas Idayu.
Senarai Peserta Famili Duo Musim Ke-4
Berikut merupakan senarai peserta FD4:
- 1. Zahid dan Anne (Adik-beradik)
- 2. Tomok dan Sharul Kamal (Sepupu)
- 3. Shiha Zikir dan Ieda Zikir (Adik-beradik)
- 4. Ayie Elham Floor 88 dan Salma Asis (Sepupu)
- 5. Did Astillah dan Yazmin Aziz (Sepupu)
- 6. Naqiu dan XXX
Namun, masih ada satu misteri yang belum terungkai. Pasangan keenam belum didedahkan sepenuhnya, dan Naqiu tampil bersendirian di pentas buat masa ini.