Irfan Haris Berharap Kakaknya Dipertemukan Dengan Jodoh Yang Baik

Irfan Haris, seorang penyanyi dan adik kepada selebriti Amira Othman, berharap agar kakaknya bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan tahu menghargainya.

Dalam satu siaran langsung di TikTok, Irfan Haris atau nama sebenarnya Irfan Haris Othman, berkata dia sangat menyayangi kakaknya dan sukar untuk terima jika suatu hari nanti Amira berkahwin dengan orang lain. Bagi Irfan, Amira ialah seorang kakak yang penyayang.

“Kalau kakak saya kahwin, saya akan rasa sangat sedih.”

“Saya harap sesiapa sahaja yang mengahwini kakak, dapat menjaganya dengan baik.”

“Kakak saya berhak untuk dapatkan lelaki yang baik, sebab dia pun seorang yang baik.” katanya menerusi video dalam TikTok

Melihat pada ruangan komen, Di ruangan komen, kebanyakan warganet yakin Amira akan ditemukan dengan jodoh yang baik kerana dia seorang wanita yang sopan dan beradab.

Leave a Comment