Connect with us

artis

“jangan buat-buat lupa ya”- Hidayah Mengingatkan Ali Puteh bayar wang saman

Published

on

PETALING JAYA – Siti Norhidayah Mohd. Ali, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, sekali lagi menegaskan kepada adik iparnya, Ali Puteh, tentang tanggungjawabnya untuk membayar wang yang dimenangi melalui saman, yang didakwa belum diselesaikan hingga kini.

Melalui laman sosial Instagram, Siti Norhidayah telah mengunggah status yang memberikan respons kepada sebuah portal hiburan yang melaporkan tentang Ali Puteh, atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, yang mendapat tempahan banyak selepas menjual produk seperti ‘sambal petai terangkat’ dan ‘sambal jering berlado’.

Dalam status tersebut, beliau menyatakan, “Bagus lah tapi duit saya menang saman dari 18/02/2022 sampai ke hari ni 2023 belum bayar dan jangan buat-buat lupa ya. Dah bulan 8 ni masih awak tak bayar lagi duit saya sampai sekarang ya.”

Beliau juga menegaskan, “Jangan diam sahaja dan jangan lupa bayar. Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini. Kakak awak masih berhutang dengan saya RM2,000 sebab kalah saman. Belum bayar dari 2022 sehingga kini 2023. Berdiam sahaja sehingga lah 2023 sudah. Sekarang kan viral tentang orang berhutang kan, so hutang wajib kena bayar.”

Abam dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Pemilik nama penuh Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan itu menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Sejak kematian Abam, Norhidayah berdepan pelbagai konflik berhubung harta dengan keluarga pelawak itu, terutama Ali Puteh, sehingga berlanjutan ke mahkamah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending