Baru-baru ini, Fasha Sandha telah menarik perhatian ramai dengan memuat naik video di platform Instagram. Video tersebut menunjukkan dirinya melakukan trend yang dikenali sebagai ‘ASOKA Challenge’.
Dalam video tersebut, Fasha atau lebih dikenali sebagai Nur Fasha Sandha binti Hassan, menunjukkan beberapa teknik solekan mengikut trend tersebut.
“Walaupun dah terlambat ikut trend ni, tetap nak cuba juga.” Katanya

Di awal video, Fasha mula mengenakan solekan bertema Bollywood yang membuatkan wajahnya nampak tidak terlalu teratur. Namun, pada akhirnya, hasil solekan itu mengejutkan ramai dengan penampilan yang sangat cantik.
Video itu mendapat banyak respons positif dari pengguna media sosial, yang kebanyakannya memuji kecantikan pelakon tersebut. Banyak yang berpendapat wajah Fasha sangat mirip dengan Kareena Kapoor.